Tahun 60-an adalah merupakan titik –titik perkembangan
sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan Darulnaim. Sekolah-sekolah agama
ditubuhkan di sana-sini bagaikan cendawan yang tumbuh di atas tanah.
Kampung
Ayer Lanas adalah sebuah kawasan tanah rancangan yang dilaksanakan oleh
kerajaan persekutuan kira-kira pada tahun 1957 yang lampau. Penghuni di
rancangan ini merupakan penduduk yang datang dari semua jajahan di Kelantan
yang dipilih oleh pihak kerajaan untuk meneroka dan memajukan tanah rancangan. Justeru
itu, semua blok penempatan di Kampung Ayer Lanas, dinamakan mengikut jajahan
masing-masing.
Daripada
golongan peneroka ini terdapat cerdik pandai dan mereka yang berpengetahuan
luas dalam ilmu pengetahuan agama. Arus perkembangan sekolah-sekolah agama
telah membawa arusnya ke Kampung Ayer Lanas dengan tertubuhnya sebuah sekolah
agama iaitu Madrasah Al-Sabirin, Ayer Lanas.
FAKTOR-FAKTOR PENUBUHANNYA
Sekolah ini ditubuh dan diasaskan pada awal 1960 oleh
Tuan Hj. Ab. Jalil bin Yusof iaitu salah seorang peneroka Rancangan Kemajuan
Tanah Ayer Lanas dan juga seorang guru agama di sini dengan bantuan fikiran dan
tenaga oleh anak tirinya Ustaz Shamsuddin bin Yunus. Ia ditubuhkan memandangkan
pada masa itu tidak ada sekolah menengah untuk dijadikan sekolah lanjutan
kepada murid-murid yang telah tamat darjah enam di kawasan tanah rancangan ini.
Walaupun sekolah Aneka Jurusan telah wujud tetapi ia masih dalam peringkat
percubaan.
Hasil
daripada bantuan buah fikiran Ustaz Shamsuddin, Hj. Ab. Jalil dan beberapa
peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pendidikan telah bersetuju
untuk mewujudkan sebuah sekolah agama kepada anak peneroka Ayer Lanas.
Di
antara garis panduan penubuhan sekolah ini ialah :
a) Hendaklah membentuk sebuah jawatankuasa
kemajuan sekolah. Nama mereka yang menyandang AJK tersebut yang dipersetujui
ialah :
1. En. Ab. Samad
bin Derahman Pengerusi
(seorang peneroka yang kemudiannya
menjadi ADUN Jeli)
2. Ismail bin Mamat Naib
Pengerusi
3. Haji Abdul Jalil bin Yusoff Setiausaha
4. Shamsuddin bin Yunus Pen.
Setiausaha
5. Haji Taib bin Awang Mat Bendahari
6. Hussin bin Ibrahim AJK
7. Ismail bin Awang AJK
8. Adam bin Abdullah AJK
9. Mat Zain bin Omar AJK
10. Wan Noh bin Wan Salleh AJK
11. Hassan bin Abdullah AJK
12. Samat bin Salleh AJK
13. Wan Chik bin Wan Mat Amin AJK
14. Zakaria bin
Mohamad Pemeriksa
kira-kira
15. Muhamad bin Abdullah Pemeriksa
kira-kira
En. Jalil –
Pengurus Rancangan Ayer Lanas Penaung
b) Hendaklah mencari nama yang
sesuai bagi pendaftaran sekolah yang akan diadakan itu, Ají Abdul Jalil
akhirnya bersetuju dengan cadangan Ustaz Shamsuddin untuk menamakan sekolah ini
dengan nama MADRASAH AL-SABIRIN, AYER LANAS, KELANTAN. Nama ini diambil
bersesuaian dengan kayak-kanak yang akan belajar pada masa itu, yang boleh
dikatakan terdiri daripada anak-anak peneroka yang miskin dan mesti bersabar
dalam menghadapi kesusahan hidup serta bersabar untuk membangunkan sekolah
agama Arab yang telah dicadangkan itu.
c) Menyediakan tempat yang agak
sesuai untuk belajar.
1
Haji Abdul Jalil
selaku pengasas madrasah ini bersetuju supaya Surau Ayer Lanas dijadikan tempat
belajar sementara.
d) Menyediakan tenaga pengajar
(guru)
2
Haji Abdul Jalil
sanggup berkhidmat menjadi tenaga pengajarnya.
e) Hendaklah ada murid-murd ayang
ingin belajar (mencari murid)
3
Haji Abdul Jalil
juga sanggup mendaftar murid-murid dari rumah ke rumah.
f) Habuan guru
4
Haji Abdul Jalil
sanggup mengajar buat sementara waktu secara sukarela sahaja.
Semua
garis panduan ini dipersetujui oleh orang ramai.
Pendaftarannya
Pada 09.08.1961 wujudlah sebua Sekolah Menengah Ugama
(Arab) di Kampung Ayer Lanas yang didaftarkan di bawah naungan Majlis Agama
islam Kelantan (MAIK) dengan nama MADRASAH AL-SABIRIN, AYER LANAS yang kini
namanya telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Kerajaan Kelantan
Al-sabirin, Ayer Lanas, Kelantan.
Persekolahan Peringkat Awal
Persekolahan peringkat awal ialah di atas Surau Ayer
Lanas secara duduk bersila pada waktu petang dengan jumlahnya muridnya seramai
70 orang. Kebanyakan murid-murid yang belajar di madrasah ini ialah murid-murid
yang belajar di sekolah kebangsaan di sebelah pagi. Matapelajaran yang diajar
kepada murid-murid oleh gurunya Tuan Haji Abdul Jalil.
Pada
cuti persekolahan penggal ketiga tahun 1961, Ustaz Shamsuddin yang ketika itu
sedang belajar dalam Darjah Tujuh, di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sekali lagi
datang ke rumah ayah tirinya Haji Abdul jalil, di Ayer lanas. Dalam peluang
keemasan ini beliau sempat membantu Haji Abdul Jalil mengatur sistem pengajaran
dan pembelajaran sekolah ini secara sistematik seperti mengadakan jadual waktu
pembelajaran, jadual kedatangan murid dan lain-lain lagi mengikut cara yang
dikehendaki oleh pentadbiran Majlis Agama islam Kelantan. Di samping itu,
beliau juga sempat berganding bahu dengan ayah tirinya mencurahkan ilmu
pengetahuan yang ada dalam dadanya kepada murid-murid.
Dengan
adanya peraturan dan sistem persekolahan yang lengkap maka bertambahlah minat
ibu bapa di sekiatar Ayer Lanas untuk menghantar anak-anak mereka belajar di
sekolah agama ini. Sehingga akhir tahun 1961, pelajar madrasah telah bertambah
sehingga menjadi 160 orang.
Belajar di Bangunan Sendiri
Berkat kerjasama dan bantuan semua pihak peneroka Ayer
Lanas, pada pertengahan tahun 1962, sebuah bangunan yang kecil dapat dibina.
Bangunan tersebut terletak berhampiran dengan Surau Ayer Lanas. Semenjak itu
murid-murid dapatlah belajar di bangunan dengan tenang dengan tenaga pengajarnya,
Tuan Haji Abdul jalil sendiri dan dibantu oleh En. Ismail bin Bakar dan Ismail
bin Awang.
SMU (A) AL-SABIRIN MATI DAN DIBUKA KEMBALI
Sudah menjadi lumrah alam segala-galanya sering berubah.
Madrasah Al-Sabirin yang hidup dengan begitu menarik dan mengalami pertambahan
pelajar yang baik tiba-tiba pada tahun 1963, bangunan sekolah yang didirikan
itu tinggal sepi. Tidak dapat dipastikan apakah sebab dan musababnya yang
sebenar. Tiada murid yang ingin belajar di situ dan akhirnya ia ditutup sama
sekali.
Pada
tahun 1964, semasa Ustaz Shamsuddin bin Yunus menjadi guru besar di Madrasah
Ijtimayah, Kedai Mulong – Haji Abdul jalil dengan rayuan penduduk Ayer lanas
telah meminta beliau kembali menjadi guru besar di Madrasah Al-Sabirin, Ayer
Lanas. Akhirnya beliau bersetuju untuk pulang ke Ayer lanas dan menjadi guru
besar Madrasah Al-Sabirin.
Pada
tahun yang sama, dengan sokongan dari AJK Kemajuan Madrasah al-Sabirin,
madrasah tersebut dapat dihidupkan kembali dengan jumlah pelajar yang mencapai
lebih kurang 150 orang dan bilangan guru ditambah seorang lagi iaitu Ustaz
Abdul Ghani bin Harun. Pada tahun 1965 pula, pelajar bertambah menjadi 160
orang. Bilik darjah pada ketika itu, adalah 4 buah dan bilangan guru telah
bertambah menjadi 13 orang.
Peruntukan Kerajaan Untuk Bangunan dan Tapak Sekolah
Hasil daripada usaha Jawatankuasa Kemajuan, pada akhir
tahun 1965 pihak kerajaan telah meluluskan sebuah bangunan yang berharga
sebanyak RM 25, 000.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan pada
tahun yang sama kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas ¾ ekar untuk
membina bangunan tersebut.
Sementara
menunggu bangunan ini siap dibina, pelajar-pelajar dibenarkan menumpang belajar
di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sebelah petang. Guru-guru pula tinggal di
rumah guru besar kerana hitung panjang pendapatan guru pada masa ituialah RM
15.00 (RINGGIT MALAYSIA : LIMA BELAS RINGGIT)sebulan. Justeru itu, guru-guru
tidak mampu menyewa rumah bagi tempat tinggal masing-masing.
Alhamdulillah,
pada akhir tahun 1966, Madrasah Al-sabirin telah dipindahkan ke bangunan
barunya dengan dipenuhi perabot dan peralatan belajar. Jumlah murid pada masa
itu bertambah menjadi lebih kurang 250 orang dengan bilangan gurunya seramai 7
orang.
Madrasah Al-Sabirin Menjadi Pusat Peperiksaan
Setelah beberapa dekad berlalu, Madrasah Al-sabirin
menjadi bertambah maju sehingga tidak dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah
lain di jajahan Tanah Merah pada masa itu.
Diantara kemajuan yang dicapai oleh sekolah ini dicapai oleh
sekolah ini ialah bukan sahaja dapat memasuki beberapa peperiksaan seperti SRP,
SMU dan SPM, malah ianya berjaya menjadikan sekolah sebagai pusat peperiksaan
sebagaimana berikut :
a) Pada
tahun 1969 - permulaan pusat
peperiksaan SRP
b) Pada
tahun 1971 - permulaan pusat
peperiksaan SMU
c) Pada
tahun 1974 - permulaan pusat peperiksaan
SPM
5
(Permulaan tahun
1977 pusat peperiksaan SPM di Madrasah Al-Sabirin ditutup dengan arahan pejabat
JASA yang mengarahkan semua Tingkatan 5 sekolah-sekolah agaam (bantuan) di
Kelantan ditutup dengan pusat SPM ini dibuka semula pada 1985)
d) Pada tahun 1993 - permulaan pusat peperiksaan STU
e) Pada tahun 1994 - permulaan pusat peperiksaan STPM
Pembinaan
Bangunan Tambahan 3 Tingkat
Pada tahun 1998, satu bangunan 3
tingkat telah dibina oleh Yayasan islam Kelantan. Bangunan ini terdiri daripada
13 buah bilik darjah, sebuah pejabat, makimal dan bilik gerakan. Ianya telah dirasmikan
oleh : Tn. Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Pada tarikh 13 Rabiul Thani 1419
H / 06 Ogos 1998 M.
Sambutan Jubli Emas Maahad Al-sabirin
Sambutan ini telah diadakan pada
hari KHAMIS, 18 Rejab 1431 H bersamaan 01 Julai 2010 M. Majlis tersebut telah
dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan.