Halaman Utama

Maklumat Semasa

Pengenalan

Carta Organisasi

Translate

Sejarah Sekolah

Wednesday, November 13, 2013

SEJARAH MAAS



Tahun 60-an adalah merupakan titik –titik perkembangan sekolah-sekolah agama di Negeri Kelantan Darulnaim. Sekolah-sekolah agama ditubuhkan di sana-sini bagaikan cendawan yang tumbuh di atas tanah.

            Kampung Ayer Lanas adalah sebuah kawasan tanah rancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan kira-kira pada tahun 1957 yang lampau. Penghuni di rancangan ini merupakan penduduk yang datang dari semua jajahan di Kelantan yang dipilih oleh pihak kerajaan untuk meneroka dan memajukan tanah rancangan. Justeru itu, semua blok penempatan di Kampung Ayer Lanas, dinamakan mengikut jajahan masing-masing.

            Daripada golongan peneroka ini terdapat cerdik pandai dan mereka yang berpengetahuan luas dalam ilmu pengetahuan agama. Arus perkembangan sekolah-sekolah agama telah membawa arusnya ke Kampung Ayer Lanas dengan tertubuhnya sebuah sekolah agama iaitu Madrasah Al-Sabirin, Ayer Lanas.



FAKTOR-FAKTOR PENUBUHANNYA

Sekolah ini ditubuh dan diasaskan pada awal 1960 oleh Tuan Hj. Ab. Jalil bin Yusof iaitu salah seorang peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Ayer Lanas dan juga seorang guru agama di sini dengan bantuan fikiran dan tenaga oleh anak tirinya Ustaz Shamsuddin bin Yunus. Ia ditubuhkan memandangkan pada masa itu tidak ada sekolah menengah untuk dijadikan sekolah lanjutan kepada murid-murid yang telah tamat darjah enam di kawasan tanah rancangan ini. Walaupun sekolah Aneka Jurusan telah wujud tetapi ia masih dalam peringkat percubaan.
            Hasil daripada bantuan buah fikiran Ustaz Shamsuddin, Hj. Ab. Jalil dan beberapa peneroka yang mempunyai kesedaran yang tinggi dalam pendidikan telah bersetuju untuk mewujudkan sebuah sekolah agama kepada anak peneroka Ayer Lanas.

            Di antara garis panduan penubuhan sekolah ini ialah :

            a) Hendaklah membentuk sebuah jawatankuasa kemajuan sekolah. Nama mereka yang menyandang AJK tersebut yang dipersetujui ialah :
           
            1. En. Ab. Samad bin Derahman                                     Pengerusi
            (seorang peneroka yang kemudiannya menjadi ADUN Jeli)
            2. Ismail bin Mamat                                                             Naib Pengerusi
            3. Haji Abdul Jalil bin Yusoff                                             Setiausaha
            4. Shamsuddin bin Yunus                                                            Pen. Setiausaha
            5. Haji Taib bin Awang Mat                                                            Bendahari
            6. Hussin bin Ibrahim                                                         AJK
            7. Ismail bin Awang                                                             AJK
            8. Adam bin Abdullah                                                         AJK
            9. Mat Zain bin Omar                                                          AJK
            10. Wan Noh bin Wan Salleh                                           AJK
            11. Hassan bin Abdullah                                                   AJK
            12. Samat bin Salleh                                                          AJK
            13. Wan Chik bin Wan Mat Amin                                     AJK
            14. Zakaria bin Mohamad                                                  Pemeriksa kira-kira
            15. Muhamad bin Abdullah                                                           Pemeriksa kira-kira

            En. Jalil – Pengurus Rancangan Ayer Lanas               Penaung

           
b) Hendaklah mencari nama yang sesuai bagi pendaftaran sekolah yang akan diadakan itu, Ají Abdul Jalil akhirnya bersetuju dengan cadangan Ustaz Shamsuddin untuk menamakan sekolah ini dengan nama MADRASAH AL-SABIRIN, AYER LANAS, KELANTAN. Nama ini diambil bersesuaian dengan kayak-kanak yang akan belajar pada masa itu, yang boleh dikatakan terdiri daripada anak-anak peneroka yang miskin dan mesti bersabar dalam menghadapi kesusahan hidup serta bersabar untuk membangunkan sekolah agama Arab yang telah dicadangkan itu.

            c) Menyediakan tempat yang agak sesuai untuk  belajar.
1     Haji Abdul Jalil selaku pengasas madrasah ini bersetuju supaya Surau Ayer Lanas dijadikan tempat belajar sementara.

d) Menyediakan tenaga pengajar (guru)
2     Haji Abdul Jalil sanggup berkhidmat menjadi tenaga pengajarnya.

e) Hendaklah ada murid-murd ayang ingin belajar (mencari murid)
3     Haji Abdul Jalil juga sanggup mendaftar murid-murid dari rumah ke rumah.

f) Habuan guru
4     Haji Abdul Jalil sanggup mengajar buat sementara waktu secara sukarela sahaja.

Semua garis panduan ini dipersetujui oleh orang ramai.


Pendaftarannya

Pada 09.08.1961 wujudlah sebua Sekolah Menengah Ugama (Arab) di Kampung Ayer Lanas yang didaftarkan di bawah naungan Majlis Agama islam Kelantan (MAIK) dengan nama MADRASAH AL-SABIRIN, AYER LANAS yang kini namanya telah ditukarkan kepada Sekolah Menengah Ugama (Arab) Kerajaan Kelantan Al-sabirin, Ayer Lanas, Kelantan.


Persekolahan Peringkat Awal

Persekolahan peringkat awal ialah di atas Surau Ayer Lanas secara duduk bersila pada waktu petang dengan jumlahnya muridnya seramai 70 orang. Kebanyakan murid-murid yang belajar di madrasah ini ialah murid-murid yang belajar di sekolah kebangsaan di sebelah pagi. Matapelajaran yang diajar kepada murid-murid oleh gurunya Tuan Haji Abdul Jalil.

            Pada cuti persekolahan penggal ketiga tahun 1961, Ustaz Shamsuddin yang ketika itu sedang belajar dalam Darjah Tujuh, di Maahad Muhammadi, Kota Bharu sekali lagi datang ke rumah ayah tirinya Haji Abdul jalil, di Ayer lanas. Dalam peluang keemasan ini beliau sempat membantu Haji Abdul Jalil mengatur sistem pengajaran dan pembelajaran sekolah ini secara sistematik seperti mengadakan jadual waktu pembelajaran, jadual kedatangan murid dan lain-lain lagi mengikut cara yang dikehendaki oleh pentadbiran Majlis Agama islam Kelantan. Di samping itu, beliau juga sempat berganding bahu dengan ayah tirinya mencurahkan ilmu pengetahuan yang ada dalam dadanya kepada murid-murid.

            Dengan adanya peraturan dan sistem persekolahan yang lengkap maka bertambahlah minat ibu bapa di sekiatar Ayer Lanas untuk menghantar anak-anak mereka belajar di sekolah agama ini. Sehingga akhir tahun 1961, pelajar madrasah telah bertambah sehingga menjadi 160 orang.

Belajar di Bangunan Sendiri

Berkat kerjasama dan bantuan semua pihak peneroka Ayer Lanas, pada pertengahan tahun 1962, sebuah bangunan yang kecil dapat dibina. Bangunan tersebut terletak berhampiran dengan Surau Ayer Lanas. Semenjak itu murid-murid dapatlah belajar di bangunan dengan tenang dengan tenaga pengajarnya, Tuan Haji Abdul jalil sendiri dan dibantu oleh En. Ismail bin Bakar dan Ismail bin Awang.





SMU (A) AL-SABIRIN MATI DAN DIBUKA KEMBALI

Sudah menjadi lumrah alam segala-galanya sering berubah. Madrasah Al-Sabirin yang hidup dengan begitu menarik dan mengalami pertambahan pelajar yang baik tiba-tiba pada tahun 1963, bangunan sekolah yang didirikan itu tinggal sepi. Tidak dapat dipastikan apakah sebab dan musababnya yang sebenar. Tiada murid yang ingin belajar di situ dan akhirnya ia ditutup sama sekali.

            Pada tahun 1964, semasa Ustaz Shamsuddin bin Yunus menjadi guru besar di Madrasah Ijtimayah, Kedai Mulong – Haji Abdul jalil dengan rayuan penduduk Ayer lanas telah meminta beliau kembali menjadi guru besar di Madrasah Al-Sabirin, Ayer Lanas. Akhirnya beliau bersetuju untuk pulang ke Ayer lanas dan menjadi guru besar Madrasah Al-Sabirin.

            Pada tahun yang sama, dengan sokongan dari AJK Kemajuan Madrasah al-Sabirin, madrasah tersebut dapat dihidupkan kembali dengan jumlah pelajar yang mencapai lebih kurang 150 orang dan bilangan guru ditambah seorang lagi iaitu Ustaz Abdul Ghani bin Harun. Pada tahun 1965 pula, pelajar bertambah menjadi 160 orang. Bilik darjah pada ketika itu, adalah 4 buah dan bilangan guru telah bertambah menjadi 13 orang.


Peruntukan Kerajaan Untuk Bangunan dan Tapak Sekolah

Hasil daripada usaha Jawatankuasa Kemajuan, pada akhir tahun 1965 pihak kerajaan telah meluluskan sebuah bangunan yang berharga sebanyak RM 25, 000.00 (RINGGIT MALAYSIA : DUA PULUH LIMA RIBU SAHAJA) dan pada tahun yang sama kerajaan negeri telah meluluskan tapak seluas ¾ ekar untuk membina bangunan tersebut.
           
            Sementara menunggu bangunan ini siap dibina, pelajar-pelajar dibenarkan menumpang belajar di Sekolah Kebangsaan Ayer Lanas di sebelah petang. Guru-guru pula tinggal di rumah guru besar kerana hitung panjang pendapatan guru pada masa ituialah RM 15.00 (RINGGIT MALAYSIA : LIMA BELAS RINGGIT)sebulan. Justeru itu, guru-guru tidak mampu menyewa rumah bagi tempat tinggal masing-masing.

            Alhamdulillah, pada akhir tahun 1966, Madrasah Al-sabirin telah dipindahkan ke bangunan barunya dengan dipenuhi perabot dan peralatan belajar. Jumlah murid pada masa itu bertambah menjadi lebih kurang 250 orang dengan bilangan gurunya seramai 7 orang.


Madrasah Al-Sabirin Menjadi Pusat Peperiksaan

Setelah beberapa dekad berlalu, Madrasah Al-sabirin menjadi bertambah maju sehingga tidak dapat ditandingi oleh sekolah-sekolah lain di jajahan Tanah Merah pada masa itu.

Diantara kemajuan yang dicapai oleh sekolah ini dicapai oleh sekolah ini ialah bukan sahaja dapat memasuki beberapa peperiksaan seperti SRP, SMU dan SPM, malah ianya berjaya menjadikan sekolah sebagai pusat peperiksaan sebagaimana berikut :
            a) Pada tahun 1969            - permulaan pusat peperiksaan SRP
            b) Pada tahun 1971            - permulaan pusat peperiksaan SMU
            c) Pada tahun 1974 - permulaan pusat peperiksaan SPM
5     (Permulaan tahun 1977 pusat peperiksaan SPM di Madrasah Al-Sabirin ditutup dengan arahan pejabat JASA yang mengarahkan semua Tingkatan 5 sekolah-sekolah agaam (bantuan) di Kelantan ditutup dengan pusat SPM ini dibuka semula pada 1985)
            d) Pada tahun 1993            - permulaan pusat peperiksaan STU
            e) Pada tahun 1994            - permulaan pusat peperiksaan STPM

Pembinaan Bangunan Tambahan 3 Tingkat 

Pada tahun 1998, satu bangunan 3 tingkat telah dibina oleh Yayasan islam Kelantan. Bangunan ini terdiri daripada 13 buah bilik darjah, sebuah pejabat, makimal dan bilik gerakan. Ianya telah dirasmikan oleh : Tn. Guru Dato’ Menteri Besar Kelantan, Pada tarikh 13 Rabiul Thani 1419 H / 06 Ogos 1998 M.

Sambutan Jubli Emas Maahad Al-sabirin

Sambutan ini telah diadakan pada hari KHAMIS, 18 Rejab 1431 H bersamaan 01 Julai 2010 M. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Hj. Nik Abd. Aziz b. Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

No comments:

Post a Comment